in

Syed Saddiq nafi perbualan lucah bersama pelajar sekolah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan satu rakaman video yang memaparkan perbualan lucah beliau dengan pelajar sekolah.

Semalam Video perbualan menerusi WhatsApp yang dimuat naik di Youtube sejak beberapa hari lalu tular.

Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Muar berkata, beliau berjanji akan mengambil Tindakan undang-undang ke atas pihak yang mendalangi video berkenaan.

“Menjijikan. Ini terang-terang suatu fitnah yang menjijikkan. Tak masuk akal.

“Kalau tahu siapa yang sebarkan, tolong maklumkan supaya saya boleh ambil Tindakan mahkamah,” katanya.

Hasil semakan di platform media sosial terbabit, video berdurasi 45 saat itu dimuat naik pada 3 Mei lalu, manakala akaun yang bertangungjawab pula mencipta akaun tersebut pada 28 Mac.

Menerusi skrin WhatsApp tersebut memaparkan nama nombor yang disimpan sebagai ‘baby sadiq’ yang didakwa seorang gadis yang masih bersekolah yang membabitkan perbualan seks termasuk permintaan gambar.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Segerakan siasatan terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara

211 kakitangan KPKT terima sumbangan