in ,

Syarat bagi kebenaran pembukaan semula pelancongan dan merentas negeri

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob semalam, bersetuju untuk membuka semula pusat pelancongan dan membenarkan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan data serta analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 21 September, seramai 80 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kebenaran pembukaan semula pelancongan dan merentas negeri melihat kepada peratusan vaksinasi populasi dewasa. Insya-Allah, sasaran 90 peratus ini dijangka dapat dicapai dalam masa dua hingga tiga minggu sahaja lagi,” katanya menerusi kenyataan di hantar pada media sosial beliau.

Menurut beliau, mesyuarat itu juga turut bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi tiga negeri iaitu Negeri Sembilan beralih ke Fasa Empat, Pahang ke Fasa Tiga dan Johor ke Fasa Dua berkuat kuasa mulai 24 September ini.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dijalankan KKM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa Dua, Tiga dan Empat adalah sama seperti sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara,” tambah beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anwar bidas hujahan Takiyuddin dari luar Parlimen

Operasi premis perniagaan ditambah panjangkan