in ,

Syafie nafi ditahan polis kes salah guna dadah

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelakon Syafie Naswip menafikan ditahan polis berhubung kes penyalahgunaan dadah di Kuala Kangsar, Perak semalam.

Syafie, 29, berkata walau sebilangan warga maya mengaitkan dirinya dengan kes terbabit namun terdapat pelakon lain turut berada di daerah sama.

“Ramai yang mesej tanya adakah individu itu adalah saya sebab saya menjalani penggambaran di Kuala Kangsar baru-baru ini. Jawapannya tidak.

“Ada beberapa produksi drama lain yang turut menjalani penggambaran di sana. Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” coretnya di Instagram hari ini. 

Pelakon filem “Mukhsin” mengulas laporan media mengenai pelakon lelaki berusia 29 tahun yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 

Turut ditahan pengarah dan penolong pengarah dalam serbuan yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar semalam.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abang PM tubuh parti baharu, idam hapus PTPTN

2 ‘rumah merah’ diserbu, 13 warga asing ditahan