in , ,

Suspek menyamar polis, menculik dan membunuh didakwa

Port Dickson – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis, menculik dan membunuh pada 13 November lalu.

Tertuduh, M Murugan, 44, dan Wong Yon Kuan, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 364 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa menculik dan membunuh A Vasudevan, 39. Perbuatan itu dilakukan pada 13 November di antara jam 5.40 pagi hingga 9.45 pagi di Bandar Springhill, Lukut di sini.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah menetapkan 23 Disember depan sebutan semula kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Port Dickson, (SUPT.) Aidi Sham Mohamed melaporkan, pihak polis telah terima aduan pada hari kejadian, mengatakan suami pengadu telah dilarikan oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis semasa berada di sebuah rumah di Bandar Springhill.

“Bagaimanapun pada jam lebih kurang 4.30 petang, pihak polis dimaklumkan bahawa suami pengadu telah berada di Hospital Selayang, Selangor dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi dipercayai akibat ‘Blunt Trauma to the Head’.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur pada hari berikutnya dan berjaya menangkap dua suspek yang berada di dalam rumah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Menurut Aidi, motif kejadian adalah berunsurkan dendam dan pihaknya masih lagi mengesan beberapa orang suspek yang terlibat sama dalam kes tersebut.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

700 ribu golongan sasar terima Bayaran Fasa 2 BKC

Tindakan Malaysia sekat atlet Israel untuk beraksi disifat sebagai diskriminasi