in , ,

Surat sokongan akan disiasat ikut Seksyen 23 Akta SPRM

KUALA LUMPUR: Ahli politik yang ada jawatan dalam kerajaan dan membuat surat sokongan untuk saudara-mara boleh disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata mengikut undang-undang itu, mana-mana penjawat awam tidak boleh menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah dirinya atau saudara-mara.

“Saudara-mara ini ditafsirkan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM di mana ia menyebut golongan berkenaan termasuk anak, isteri, ipar, datuk dan nenek.

“Semua mereka dikategorikan sebagai saudara-mara,” katanya dalam temu bual menerusi slot ‘SPRM 360’ di MACCfm, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya tidak lagi melayan surat layang kes rasuah atau salah guna kuasa, kecuali dilengkapi dokumen maklumat lengkap dan kukuh untuk membantu siasatan.

“Sebuah jawatankuasa khas dalam SPRM akan bersidang setiap hari bagi menilai kesahihan sesuatu maklumat kes.

“Kadang-kadang surat layang itu tiada bukti hanya sekadar tohmahan pihak tertentu, namun kalau ada bukti kukuh kita akan siasat,” katanya.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Juruterbang, kru kabin MAG ditawar latihan semula

Kebersihan Air Tanggungjawab Bersama