in

Surat kebenaran bekerja melalui CIMS 3.0-MITI

Surat kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi perlu yang dibenarkan oleh kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 14 Jun 2021, permohonan kebenaran melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MITI, sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi boleh mengakses portal CIMS 3.0 bagi mendapatkan kelulusan.

Antara sektor yang dibenarkan beroperasi seperti, pembuatan dan perkhidmatan, perdagangan pengedaran termasuk pemborong, peruncitan dan pengedaran. Selain itu, makanan dan minuman serta penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan.

Sehubungan itu, turut disenaraikan, Komunikasi termasuk media, telokomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja), E-dagang dan teknologi maklumat, pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir dan pembinaan, penyelenggaran dan pembaikan kritikal.

“Syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0 tidak perlu mendaftar semuala dan boleh terus memuat turun surat kebenaran.

“Dengan perkembangan terbaharu ini, pergerakan pekerja bagi sektor-sektor tersebut boleh menggunakan, surat CIMS 3.0 daripada MITI dan surat pengesahan lantikan daripada majikan atau pas pekerja,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No need police permission to get Covid-19 vaccine

“It should be RM45 Billion, not RM5 Billion” – Anwar