in ,

Sumbangan petrol percuma kepada food riders dan frontliners

Kuala Lumpur: Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa (MySetiawangsa) menyumbangkan petrol secara pecuma kepada Food Riders dan Frontliner pada hari ini, di Stesen Minyak Petron, Sri Rampai.

Presidennya, Dato’ Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, petrol percuma disediakan khas buat food riders dan frontliner ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dari MySetiawangsa sebagai penghargaan terhadap sumbangan daripada food riders dan frontliners terutamanya di sekitar kawasan Parlimen Setiawangsa sepanjang pandemik COVID-19.

“Pemberian sumbangan bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang itu dilakukan secara teratur serta mengikut prosedur standard operasi (SOP) dan melihatkan lebih 500 buah motosikal penghantar E-hailing menerima manfaat diberikan.


“Semoga inisiatif petrol percuma kepada golongan food riders seperti Food Panda, Grab Food dan sebagainya serta tidak ketinggalan buat frontliners seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi lain dapat meringankan beban mereka,” ujar beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perbicaraan kes Muhammad Adib tamat hari ini

2 individu pusat kiraan perjudian ditangkap