in

“Sumbangan bekalan makanan hanya 10% kepada Rohingya” – Zarina Ismail

 

Badan Bukan Kerajaan NGO Bantu Malaysia dengan kerjasama Drop & Wash serta Go Job mengagihkan bantuan makanan kepada 130 penerima yang layak.

 

Misi bantuan ini dijalankan dengan cermat dan sistematik berpandukan pematuhan kepada Standard Operation Procedure (SOP). Setiap penerima akan menerima baucar sebelum menebus baucar tersebut.

 

Menjawab akan kemungkinan suara-suara sumbang yang menyelar tindakan ini, Zarina Ismail selaku pemilik syarikat Drop & Wash menjelaskan bahawa sebelum ini seramai 5000 penama telah menerima bantuan yang telah diedarkan di dua buah kawasan di sekitar Lembah Klang dan hanya 10% daripada wang sumbangan orang ramai yang digunakan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia.

 

 

Dalam pada itu, wakil daripada rakyat Rohingya iaitu Puan Farida menyuarakan perasaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membantu bangsa Rohingya selama ini dan menyeru agar rakyat Rohingya supaya berkelakuan baik di negara ini. 

 

Orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada NGO Bantu Malaysia ini bolehlah menjengah ke laman facebook  di @Bantu Malaysia

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The contribution is not just for the Rohingya

Dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat kebenaran- Mufti WP