in ,

Sultan Selangor jalani saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, menjalani ujian saringan COVID-19 secara suka rela sebagai langkah berjaga-jaga walaupun tidak bergejala atau mempunyai kontak dengan mana-mana individu berisiko.

Turut menjalani ujian berkenaan yang dilakukan pada 7 Oktober lalu adalah lebih 100 kakitangan pejabat Sultan Selangor yang bertugas di Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook Selangor Royal Office, ujian saringan berkenaan dilakukan atas titah Sultan Selangor susulan kebimbangan jumlah kes baharu di beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang yang menunjukkan peningkatan mendadak.

Selain itu, Orang-orang Besar Istana juga hadir melakukan saringan berkenaan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling diketuai oleh Dr Abdullah Shafie Muhamad bertempat di Istana Bukit Kayangan.

Hasil ujian yang diperoleh negatif untuk semua sampel yang diperiksa. – BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Jika Anwar berjaya, kerajaan pimpinannya tetap goyah’

AMANAH usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri