in ,

SUDAH TIBA MASANYA ZAHID BIMBING UMNO, BUKAN IKUT TELUNJUK NAJIB

Berucap di Mesyuarat Bahagian UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membimbing parti dan tidak terlalu terpengaruh dengan telunjuk bekas Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, Zahid bukan lagi Setiusaha Politik Najib dan harus membimbing parti kerana banyak yang telah beliau kecapi setelah menerajui kepimpinan UMNO antaranya mewujudkan kerjasama dengan PAS, dan melaksanakan tindakan berdasarkan persetujuan parti.

“Dahulu beliau Setiausaha Politik Najib, kini beliau Presiden parti. Sudah tiba masanya untuk beliau mengutamakan amanah parti kerana UMNO bukan milik mana-mana individu.”

Tambah beliau, UMNO telah melangkah jauh sejak Najib turun dari kepimpinan parti dan tidak wujud keperluan untuk bawa beliau kembali ke UMNO.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ismail Sabri Urges Malaysians To Not Start Panic Buying

UMNO TIADA MASALAH BERSENDIRIAN