in

Steven Sim beli Motor untuk adik Mohamad

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, baru-baru ini tular beliau membantu ibu tunggal dan juga gelandangan, kali ini pula, beliau berkongsi kisah membantu adik Mohamad di Facebooknya.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, beliau membantu membeli motosikal untuk adik Mohamad yang ditemuinya mengayuh basikal menghantar makanan.

“Adik Mohamad mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, walaupun ketika berpuasa”, tulisnya.

“Kita beli Honda. Saya bayar cash. Kalau orang kecam saya guna peruntukan kerajaan beli motor, saya nak habaq saya tak ada peruntukan nak guna. Saya sekarang Ahli Parlimen pembangkang. Ini saya beli guna wang gaji saya sendiri. RM4,500 termasuk road tax, insurans, settle penuh, minyak isi full tank, adik Mohamad boleh terus bawa motor ini tak payah bimbang. Bolehlah adik naik motor ke kerja”

“jika jadi rider, tak payah susah susah kayuh basikal. Usah risau lagi hujung Ramadan macam mana nak balik Kelantan jumpa mak ayah – kuda sudah ada”, kongsinya di ruangan Facebook miliknya.

https://www.facebook.com/StevenSimCK/posts/5241136909290715

Tambah beliau lagi, ‘Adik Mohamad berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk bekerja. Keluarganya tidak kaya tapi mementingkan pendidikan. Ada 10 orang adik beradik. Ayahnya seorang guru agama. Dia sendiri lulusan diploma kejuruteraan Poli, dengan keputusan cemerlang’.

Menurutnya, gaji adik Mohamad hanya RM500 sebulan, disebabkan itu dia membuat kerja sambilan menjadi penghantar makanan selepas tamat waktu kerja dan memperolehi pendapatan sebanyakk RM20-30 sehari.

Bukan itu sahaja, Steven Sim turut berbuka puasa bersama adik Mohamad. Beliau juga berkongsi beberapa keping gambar bersama adik Mohamad yang berusia 22 tahun itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Najib Razak mampu pimpin UMNO semula hadapi PRU15

“Covid-19 will not rest” Malaysia may face a fourth wave