in

SRC: Permohonan Najib Razak ditolak mahkamah rayuan.

Mahkamah rayuan menolak permohonan pasukan pembelaan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan selama sebulan.

Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya memerlukan masa berkenaan bagi mendapatkan beberapa dokumen.

Tambahnya, dokumen tersebut merupakan bukti terbaharu berkaitan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) dari mahkamah New York di Amerika serta di Singapura.

Namun, panel tiga hakim prosiding tersebut sebulat suara memutuskan menolak permohonan ahli parlimen pekan yang dibuat hari ini.

Malahan, perbicaraan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan hari ini juga.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda rm210 juta ke atas bekas perdana Menteri itu.

Hakim memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman selama 12 tahun berjalan serentak.

Sebelum ini makamah menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk mendengar rayuan beliau.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kemungkinan UMNO boleh jalin kerjasama dengan DAP- Dr Mahathir

Pelbagai alasan diberikan untuk membatalkan pelaksanaan Undi18- Haward Lee