in

SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib Razak esok

Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, berjumlah RM42 juta esok.

Ini merupakan percubaan pertama Najib selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dendan rm210 juta ke atas beliau.

Hal ini setelah didapati bekas perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Sebelum ini makamah menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk mendengar rayuan beliau.

Sebelum ini, iaitu pada 28 julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, dan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi setiap penyalahgunaan kedudukan.

Hakim memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani hukuman selama 12 tahun berjalan serentak.

Walau bagaimanapun, Najib Razak buat masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta beserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan selesai.

21 wakil media termasuk media antarabangsa akan dapat pas kebenaran bagi mengikuti prosiding menerusi video dalam sebuah bilik.

 

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zahid tiada sifat ‘kepimpinan’ menerajui parti- Nazri Aziz

Baliklah dan hadir ke mahkamah- KPN