in ,

SPRM rancang siasatan terhadap dakwaan merasuah doktor bagi dapatkan sijil vaksinasi

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius berhubung dakwaan orang ramai berkaitan kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, perbuatan itu bukan saja melibatkan isu rasuah, malah turut sama mencalar serta menjejaskan imej dan reputasi mereka sebagai profesion pengamal perubatan sekiranya perkara itu benar berlaku.

Setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan namun akan menyiasat dan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli perniagaan bergelar Datuk berdepan 483 tahun penjara

Sasaran Rina Harun mempermudahkan lagi proses permohonan bantuan JKM