in

SOP: MITI beri penjelasan menerusi Twitter

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi hantaran di Twitter memaklumkan, individu yang memiliki surat MITI bagi aktiviti ekonomi tidak perlu cop pengesahan polis.

MITI mengesah hal tersebut ketika menjawab perosalan salah seorang pengguna Twitter.

Pemilik akaun Twitter @nrxtqh memaklum kepada MITI bahawa dia perlu mendapatkan cop pengesahan polis walaupun mempunyai surat dari syarikat untuk bekerja.

Sejurus itu, MITI menerusi Twitter terus memaklumkan kepada pihak Polis bahawa tidak perlu cop polis jika mempunyai surat MITI dengan tujuan kerja.

Salam.. @PDRMsia @PDRMsia_Trafik mohon maklum ya. Surat MITI untuk tujuan kerja tidak perlu dicop.

Twitter rasmi MITI Malaysia turut berkongsi beberapa fakta mengenai pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO tidak terdesak untuk memaksa PRU15 ketika kes COVID-19 tinggi

Can Hajj be performed this year?