in ,

SOLAT JUMAAT, FARDHU DIBENARKAN DI SELANGOR

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan.

Menurut Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan.

Bagi masjid negeri dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, sebanyak 500 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah untuk solat fardu, sementara untuk 39 masjid pengurusan dan 17 masjid institusi, sebanyak 300 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah solat fardu.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO NAFI ZAHID ARAH MP TARIK DIRI DARI KERAJAAN

KUMPULAN PENDIDIKAN TIDAK GEMBIRA CADANGAN BATAL SPM