SKMM Nafi Keluar Kenyataan Henti Guna #SiBodohKauDengarSini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan mereka tidak pernah mengeluarkan poster memberi amaran agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini di Twitter.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, poster tersebut bukan dikeluarkan oleh agensi terbabit dan mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta.

“Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.”

Sebelum ini tanda pagar #SiBodohKauDenganSini menjadi tular susulan luahan kekecewaan pengguna media sosial terhadap kawalan waktu operasi kedai makan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Antara perincian yang disertakan di dalam poster itu antaranya menyebut isu-isu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Melalui poster berkenaan sesiapa yang didapati menggunakan tanda pagar itu boleh dikenakan tindakan mengikut “Seksyen 109 Akta Muhyiddin Tidak Ada Majoriti 2021” yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM35 juta atau kuarantin sehingga setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *