in ,

SIRUL MENGAKU TEMBAK, LETUPKAN ALTANTUYA

Mahkamah Tinggi diberitahu, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah mendedahkan kepada seorang anggota polis bahawa beliau menembak wanita itu dan menunjukkan lokasi mayatnya diletupkan 15 tahun yang lalu.

Menurut Zulkarnain Samsudin yang memberi keterangan saman sivil keluarga Altantuya, Sirul mendedahkan lokasi pada 11 November 2006 dan barang kemas wanita itu yang disimpan beliau di rumahnya yang bertempat di Kota Damansara.

Sirul telah mendedahkan maklumat itu di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di hadapan pegawai Koh Fei Cheow.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEBILANGAN AHLI PARLIMEN KRITIK KELEWATAN JABATAN KERAJAAN UMUM SOP

TARIK BALIK SOKONGAN PADA KERAJAAN PN LANGKAH BIJAK