in ,

SINGAPURA TIDAK SETUJU PEMBERIAN TENDER SECARA TERUS PUNCA HSR GAGAL

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan permintaan Malaysia yang tidak mahu tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibuat secara terbuka dan dipantau bersama Singapura menyebabkan projek mega itu tidak dapat diteruskan.

Ketika beliau membangunkan projek itu, Najib menegaskan betapa pentingnya penglibatan kedua-dua negara untuk mengelak sebarang bentuk penyelewengan.

Berbeza dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Najib menerangkan wujudnya keinginan untuk memilih kontraktor dan vendor projek secare terus tanpa campur tangan Singapura. Malah, Singapura juga tidak bersetuju di atas cadangan kerajaan PN untuk tren HSR berakhir di KLIA.

Beliau juga turut mendakwa kegagalan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bukan disebabkan Covid-19.

Menurut beliau jika kegagalan projek berkenaan adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang terjejas oleh Covid-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya membuat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru yang menelan kos hampir sama HSR KL-Singapura yang dibatalkan.

Malahan, kerana syarikat operasi menanggung kerugian diatas ketiadaan Singapura di laluan itu, kerajaan PN turut bersetuju membayar pampasan setiap tahun kepada Syarikat ERL.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAJIB RAZAK: RAMAI I-HAPPY, RAMAI I-KECEWA

MAT HASSAN: UMNO BUKAN DAYUS