in ,

Sindiket proses dan edar dadah sekitar Lembah Klang serta Perak tumpas

Kuala Lumpur: Bertindak atas maklumat, satu operasi terancang antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul telah berjaya membongkar satu sindiket memproses serta mengedar dadah yang menjadikan Lembah Klang dan negeri Perak sebagai kawasan operasi.

Ketua JSJN Polis Kuala Lumpur (ACP), Sahar bin Abd Latif berkata, pihak polis telah menjalankan serbuan pertama pada 28 September kira-kira jam 2.00 petang di salah sebuah pasar raya di kawasan Metro Prima, Taman Kepong dan berjaya menahan dalang utama sindiket terbabit iaitu dua lelaki warga tempatan berusia 46 dan 53 tahun yang berperanan sebagai penghantar serta pemproses dadah.

“Ketika serbuan dijalankan, salah seorang suspek sedang menolak sebuah troli dan hasil pemeriksaan padanya telah menjumpai dadah disyaki jenis heroin seberat 1,368 gram, manakala pemeriksaan ke atas seorang lagi suspek menemui pil ecstasy seberat 1.92 gram.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan ke atas kenderaan jenis Mercedes Benz digunakan oleh suspek telah menemukan dadah jenis Ecstasy seberat 25 gram yang disembunyikan di dalam sebuah speaker di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut,” katanya.


Turut dirampas wang tunai berjumlah RM201 dan ujian saringan awal mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan AMP serta mempunyai sepuluh rekod jenayah lampau.

Menurut Sahar, menerusi hasil soal siasat lanjut ke atas suspek, tindakan serbuan susulan telah dijalankan oleh operasi bersepadu JSJN IPK Kuala Lumpur dan BSJND Sentul pada 29 September jam 12.10 pagi, di sebuah rumah dua tingkat di Permatang Maju, Setiawan, Perak.

“Dalam serbuan itu, pihak polis telah berjaya membongkar satu makmal haram yang digunakan oleh sindiket terbabit untuk memproses dadah disyaki jenis heroin dan siasatan awal mendapati, rumah tersebut disewa sejak enam bulan lalu pada harga RM600 sebulan.


“Keseluruhan rampasan serta sitaan dianggarkan berjumlah RM438,036 dan jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaan seramai 29,236 orang pengguna dadah,” jelas beliau.

Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari hingga 5 Oktober di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Menerusi tangkapan itu, pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan memproses serta mengedar dadah yang bergiat aktif sejak lebih kurang enam bulan lalu dengan menyasarkan Lembah Klang dan Perak sebagai kawasan pengedaran.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 perkhidmatan media sosial terkemuka dunia tergendala

Lebuhraya CSR subpakej 5D akan dibuka 7 Oktober ini