in

Sidang Parlimen bakal diadakan ‘satu bentuk penipuan’-Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah video berkata, Sidang Parlimen yang bakal diadakan merupakan ‘satu bentuk penipuan’.

Menurut beliau, tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen tidak mempunyai sebarang petunjuk akan berlaku sesi pembahasan.

“Sidang Parlimen selalunya untuk memastikan kerajaan itu ditadbir mengikut peraturan supaya tiada salah guna kuasa termasuk mengenal pasti adanya proses semak dan imbang.

“Tidak ada petunjuk bahawa ada perbahasan terbuka dan saya ingin memberi peringatan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan, dalam keadaan kamu yang terumbang ambing ini jangan peralatkan speaker dewan rakyat,”katanya dalam sebuah video

Tegas beliau lagi, beberapa perkara seperti kebajikan rakyat, isu COVID-19 tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan cuba menggunakan peraturan sesuka hati tanpa menekankan prinsip asas demokrasi berparlime,”katanya.

Justeru, menjalankan tugas dan kuasa perlu mengikut undang-undang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19: Kes bunuh diri meningkat

Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari at a press conference in Tropicana Gardens Mall last week

Companies to fork out RM350 for employees’ two-dose vaccine, says SelVAX