in

Shahidan Kassim bukan lagi Pengerusi UMNO Perlis

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau menerima keputusan pelucutan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Menurut  Shahidan Kassim, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang terbaik untuk jawatan itu.

Justeru, “Apa pun saya berterima kasih kepada presiden (Zahid Hamidi) yang telah memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Presiden telah membuat keputusan, jadi keputusan ini kita akan patuhi, katanya.

Menurut Zahid Hamidi, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu, sekali gus menggantik Shahidan Kassim.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Police received Anwar statement

Aidilfitri SOP is being refined