in ,

Shah Iskandar timang anak lelaki

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar berkongsi berita gembira apabila mengumumkan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, minggu lalu.

Bayi seberat 3.66 kilogram yang diberi nama Yusuf Zulkarnaen itu selamat dilahirkan secara pembedahan pada jam 2.02 petang pada tarikh 10.10.2020.

Berkongsi perkara itu, di Instagram miliknya, Shah, 38, berkata, dia bersyukur apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar berkat bantuan daripada semua kakitangan hospital.

Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan lancar malah semua petugas di hospital berkenaan menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.

Saya ambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikan perhatian pada isteri dan anak saya,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, Shah turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentua serta berharap dapat membawa pulang anak dan isterinya ke Singapura untuk bertemu keluarganya di sana.

Terdahulu, Shah dan isteri mendirikan rumah tangga di The Ballroom At East Coast, Singapura pada Januari 2016.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inkues Nora Anne terpaksa ditangguh

AS-Indonesia perkasa hubungan ketenteraan, maritim