in ,

Shah Alam dilanda banjir kilat

Shah Alam: Hujan lebat berterusan tanpa henti sejak jam 3 petang semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di sini ditenggelami banjir kilat.

Antara lokasi terjejas teruk merupakan di sekitar kawasan Stadium Shah Alam di Seksyen 13 yang ditenggelami air setinggi 1.2 meter serta laluan Jalan Persiaran Jubli Perak dari Lebuh Raya Persekutuan ke Seksyen 20 yang bergenangan air banjir setinggi 0.3 meter.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima laporan berkenaan kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam dinaiki air hingga mencecah paras 1.2 meter hingga menyebabkan beberapa kenderan terkandas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam termasuk pegawai telah dikerahkan ke tempat kejadian, selepas panggilan kecemasan diterima JBPM pada 5.09 petang semalam.

“Pihak bomba yang tiba lapan minit kemudian mendapati sebuah kenderaan terkandas di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan telah keluar menyelamatkan diri dengan tiada mangsa dilaporkan di kawasan yang dinaik air hingga paras 1.2 meter itu,” katanya.

Menurut Norazam Khamis, tinjauan anggotanya ke beberapa lokasi di sekitar Seksyen 13 hari ini, mendapati banjir sudah mula surut namun pasukannya masih lagi memantau dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Selain Seksyen 13 dan Seksyen 20, lokasi turut terjejas ditenggelami banjir antaranya di sekitar kawasan Seksyen 10, Seksyen 9, Seksyen 7 dan Seksyen 4 Shah Alam.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Otai Reformis 1998 gesa kerajaan siasat peningkatan kes kematian BID COVID-19

Harta RM1.6 juta milik pegawai SPRM salah guna kuasa disita