in ,

Setiausaha Agung PLO disahkan positif COVID-19

RAMALLAH: Ketua perunding Palestin sejak sekian lama, Saeb Erekat yang juga antara pemimpin Palestin paling menyerlah di pentas dunia, disahkan positif COVID-19.

Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan melalui Twitter, semalam.

“PLO mendoakan beliau pulih segera,” menurut kenyataan itu lagi.

Erekat, 65, memainkan peranan penting dalam politik Palestin selama berdekad-dekad, malah sering menjadi penghubung utama bagi perutusan asing dan media antarabangsa.

Beliau juga konsisten menyuarakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara untuk konflik Palestin-Israel.

Anak kelahiran Baitulmaqdis itu menyandang jawatan Setiausaha Agung PLO dan kekal menjadi orang kuat dalam lingkungan pentadbiran Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Setakat ini, Tebing Barat merekodkan lebih 39,500 kes COVID-19, termasuk 335 kematian. – AFP

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PGA temui ketulan ganja 1.9 kg di tembok sempadan

Presiden Russia jemput Armenia, Azerbaijan untuk rundingan damai