in ,

Semua pihak perlu patuh titah Agong

KUANTAN: Semua pihak perlu patuh keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan tidak mengisytiharkan darurat dan menghentikan politiking yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata yang penting adalah gerakan bersama rakyat Malaysia bagi membendung pandemik COVID-19 yang dipercayai akan diberi tumpuan khusus dalam Belanjawan Negara 2021 nanti.

Sehubungan itu, katanya, titah Al-Sultan Abdullah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian di negara ini wajar dipatuhi.

“Pada masa sama, kerajaan negeri menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara dalam usaha menangani isu penularan pandemik COVID-19.,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan memaklumkan hasil perbincangan dengan Raja-Raja Melayu semalam, Al-Sultan Abdullah bertitah, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat selepas baginda merasakan kerajaan ketika ini, berjaya menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan.

Selain itu, katanya, Al-Sultan Abdullah juga bertitah menggesa ahli politik untuk menghentikan politik berlebihan yang boleh mengganggu kestabilan negara. -BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bas percuma untuk warga Putrajaya

Prihatin Pesakit Kanser Payudara