in

Semua Menteri Umno kekal berada dalam Kabinet-PM

 

Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan media berkata, semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah kesepakatan dicapai.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesepakatan itu dicapai hasil pertemuan beliau bersama menteri Umno pada isnin 29 Mac.

Pada pertemuan tersebut, beliau ‘menasihati mereka supaya kekal berada dalam kabinet, hal ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat dan negara’.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua Menteri Umno akan terus kekal berada di dalam kabinet”.

Jelas beliau lagi, “ saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari kabinet menjejaskan segala perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19”.

Justeru, pada masa ini tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

Pada ahad (28 Mac), Perhimpunan Agung UMNO (PAU), memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu itu di persetujui sebulat suara oleh ahli parti yang hadir.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Neelofa dan PU Riz ke Langkawi bukan ‘honeymoon’ tapi lawatan kerja.

Calon PM dan TPM dari UMNO PRU15 ditentukan Jun ini- Annuar Musa