in ,

Sekuel Black Panther terasa aneh tanpa Chadwick Boseman

Kematian pelakon filem Black Panther, Chadwick Boseman pada 28 Ogos lalu akibat kanser usus masih berbekas di hati anggota produksi filem adiwira popular berkenaan.

Mereka yang masih bersedih belum memikirkan perancangan untuk menghasilkan sekuel filem terbabit.

Pelakon, Letitia Wright yang membawa watak Shuri dalam filem itu berkata, dia sendiri belum terfikir mengenai sekuel Black Panther.

“Menghasilkan sekuel filem Black Panther tanpa Boseman terasa aneh. Kami masih bersedih saat ini, kami cuba mencari cahaya di tengah kegelapan,” katanya pada satu temubual.

Menerusi filem Black Panther, Boseman membawa watak utama sebagai King T’Challa dari Wakanda yang juga adiwira Black Panther.

Black Panther juga turut terbabit dalam filem Captain America : Civil War, Avengers : Infinity War dan Avengers : Endgame.

Tahun lalu, Presiden Marvel Studio, Kevin Feige, mengesahkan mereka akan menghasilkan sekuel Black Panther.

Ryan Coogler pula dikatakan kembali ke kerusi pengarah dan penulis skrip untuk filem ini.

Coogler turut memaklumkan sekuel Black Panther akan memberi fokus kepada watak King T’Challa.

Ia akan memaparkan pemerintahan King T’Challa dan cara dia menyesuaikan diri dengan takhta.

Terdahulu, Boseman sebelum ini merahsiakan penyakit kanser yang dihidapinya daripada Marvel Studios bagi membolehkannya membintangi Black Panther 2.

Black Panther adalah filem adiwira paling laris sepanjang zaman apabila mencatatkan kutipan lebih AS1.3 bilion (RM5.6 bilion).

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penerbangan pertama bawa peralatan bina MTC tiba di Sabah

Isu video lucah, Hun Haqeem serah pada pengurusan