in

Segerakan siasatan terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam, mendesak kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat mengenai pendedahan bekas Ketua Polis Negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, dakwaan berlakunya kegiatan budaya rasuah dan campur tangan politik yang didedahkan oleh Abdul Hamid adalah amat serius.

Menurutnya, hal ini melibatkan aspek integriti kepimpinan kerajaan dan kedaulatan negara.

“Pemuda UMNO Malaysia mendesak Kerajaan Malaysia untuk segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap pendedahan Tan Sri Abdul Hamid Bador Bekas Ketua Polis Negara yang amat serius mengenai campur tangan politik dan rasuah dalam institusi-institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senior citizen compounded RM5000

Syed Saddiq nafi perbualan lucah bersama pelajar sekolah