in ,

SEBILANGAN AHLI PARLIMEN KRITIK KELEWATAN JABATAN KERAJAAN UMUM SOP

Sejumlah ahli Parlimen bertindak mengkritik kaedah kerajaan dalam pengendalian perincian perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua yang hanya akan dilakukan pada saat akhir.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata perincian sepatutnya dibuat selang beberapa jam selepas pengumuman Perdana Menteri, membolehkan perniagaan lebih tempoh waktu untuk membuat persediaan.

Ahli Parliamen Kulai Teo Nie Ching pula mempersoalkan tindakan kerajaan yang seakan tidak belajar dari kesilapan lalu dengan mengeluarkan perincian di saat akhir, hanya beberapa jam sebelum pelaksanaan PKP.

Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, kerajaan perlu segera membuat pengumuman dan tidak boleh menangguhkan perincian itu.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KETUA MENTERI PULAU PINANG MOHON MAAF ISU KENDERAAN RASMI

SIRUL MENGAKU TEMBAK, LETUPKAN ALTANTUYA