in ,

Scarlett Johansson kahwin kali ketiga

Selepas setahun bertunang, pelakon Hollywood, Scarlett Johansson kini bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon dan pelawak, Colin Jost.

Berita itu dikongsikan di akaun Instagram Meals on Wheels America, yang menjadi organisasi amal untuk membantu warga emas.

“Kami sangat teruja untuk berkongsi berita gembira bahawa Scarlett Johansson dan Colin Jost sudah berkahwin hujung minggu lalu.

“Majlis diadakan secara tertutup dan khas untuk keluarga serta kenalan rapat memandangkan perlu mengikut prosedur keselamatan kerana Covid-19,” tulis akaun Instagram itu.

Organisasi itu berkata, pasangan selebriti berkenaan juga mahu berita gembira ini menjadi penggalak kepada masyarakat untuk menyumbang kepada organisai amal itu.

“Impian perkahwinan mereka adalah untuk membantu mengubah hidup warga emas yang memerlukan ketika dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Dalam hantaran yang sama turut dikongsikan ialah gambar feri persiaran Pulau Staten yang ditulis ‘Just Married’ di bahagian atas.

Terdahulu, Johansson pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 sebelum berpisah pada 2011.

Dia kemudian berkahwin dengan Romain Dauriac pada 2014, namun berpisah pada 2017.

Menerusi perkahwinan kedua itu, dia dikurniakan cahaya mata, Rose yang kini berusia enam tahun.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PKPB: JAIS benarkan akad nikah di pejabat agama daerah

TUDM terbangkan barangan kritikal ke Sabah