in

Saya selesa dengan Pas, dan UMNO berbanding Anwar Ibrahim – Azmin Ali

Oleh Fizz Aziz

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan dirinya lebih selesa berkawan atau bekerjasama dengan parti UMNO dan PAS jika dibandingkan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, perseteruan dan perebutan jawatan membabitkan pemimpin terbabit dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan dirinya serta rakyat Malaysia sudah berasa bosan kerana diheret sama ke dalam kancah yang berlarutan selama lebih 20 tahun itu.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan dirinya bersama beberapa Ahli Parlimen yang lain mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah Azmin, tindakan terbabit juga adalah sebagai langkah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil di mana mampu memenuhi hasrat dan keperluan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[PILIHAN SABAH] “Orang yakin dengan kita” – Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Warisan umum calon 10 September ini