in

‘Saya dengan rendah diri mohon PM letak jawatan, rakyat kelaparan’-Ronnie Liu

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Ronnie Liu menulis surat terbuka menerusi Facebook, beliau memohon agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan kerana rakyat kelaparan.

“Saya dengan rendah diri memohon YAB Tan Sri supaya meletak jawatan kerana rakyat sedang kelaparan, marah kerana kehilangan kerja, bersedih dengan pemergian orang tersayang dan dicengkam masalah kewangan.

Menurut beliau, pentadbiran dibawah Muhyiddin Yassin menyebabkan pelaburan langsung asing (FDI) menurun. Hal ini dapat dilihat apabila, pelabur memilih untuk melabur berbilion di negara jiran Indonesia.

“Google dan Amazon memilih melabur berbilion-bilion di Indonesia.

“Kita terpinggir kerana kita telah hilang daya saing kepada negara ASEAN yang lain disebabkan oleh sikap flip flop anda dan kepimpinan U-turn yang menjengkelkan.

Selain itu beliau menyatakan Perdana Menteri juga gagal mengurus COVID-19. Menurutnya, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengistiharkan darurat iaitu menggantung Parlimen untuk berisidang seperti berlaku ketika peperangan.

Ronnie Liu berkata, situasi negara pada waktu ini mungkin akan mengakibatkan negara tidak ‘stabil’.

Justeru, Muhyiddin Yassin perlu meletakan jawatan demi masa depan Malaysia dan institusi beraja yang merupakan asas perlembagaan negara, katanya.

“Prestasi anda (Muhyiddin Yassin) yang sangat mengecewakan telah menobatkan anda (Muhyiddin Yassin) sebagai Perdana Menteri terburuk dan akan menjadi lebih buruk sekiranya ia diteruskan.

“Anda (Muhyiddin Yassin) boleh menyelamatkan imej anda (Muhyiddin Yassin) yang telah tercalar itu dengan melakukan tindakan terhormat iaitu meletak jawatan dan memberi peluang kepada DYMM YDPA melantik seorang Ahli Parlimen lain yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat

Jelas Ronnie Liu, Perdana Menteri itu tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai bilangan sokongan yang mengcukupi untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

“Prestasi anda yang mengecewakan sebagai Perdana Menteri mungkin menyebabkan hilang rasa hormat dan kemurkaan institusi beraja terhadap tugas murni kita untuk memeliharanya dan mengembalikan keyakinan dan kesetiaan rakyat kepada institusi beraja yang disanjungi,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, surat terbuka menerusi hantaran di Facebook ini ditulis sebagai individu dan bukannya mewakili Parti DAP mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Saya mengutus surat ini atas kapasiti individu dan bukan sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sg Pelek, malah sama sekali tidak mewakili pandangan DAP,” tegasnya

 

 

 

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

High Vaccinations prove PICK is effective

Ronnie open letter: Muhyiddin, You are NOT a LEADER