in , ,

Satu dunia lupa siapa identiti Spider-Man sebenar?

Setelah lahirkan dua filem superheroes box office, kini Spider-Man akan muncul beraksi semula ke layar perak di senatero dunia menerusi filem live action ke-3 terbaharu berjudul Spider-Man: No Way Home.

Siri filem ke-27 Marvel Cinematic Universe (MCU) dan sekuel buat filem Spider-Man: Homecoming (2017) serta Spider-Man: Far From Home (2019) ini kekal diterajui Tom Holland sebagai Peter Parker atau Spider-Man bersama-sama lakonan Zendaya, Jon Favreau, Jacob Batalon, Marisa Tomei dan J. B. Smoove.

Filem ini turut akan menampakan lakonan hebat Benedict Cumberbatch serta Benedict Wong yang menyandang watak masing-masing dari filem Doctor Strange (2016) sebagai Dr. Stephen Strange dan Wong manakala Alfred Molina dan Jamie Foxx pula kekal melakonkan watak Otto Octavius atau Doctor Octopus dan Max Dillon atau Electro daripada filem Spider-Man terdahulu.

Setelah hidupnya menjadi cacamarba apabila identiti rahsianya diketahui ramai, Parker terus meminta bantuan daripada Dr. Strange untuk merahsiakan kembali identitinya sebagai superhero Spider-Man dari pengetahuan dunia dengan menggunakan sihir magik.

Dijadualkan bertayangan 17 Disember hadapan di Amerika Syarikat, Spider-Man: No Way Home pasti akan muncul bertayangan di Malaysia setelah kerajaan kini akan mula membenarkan pawagam-pawagam tempatan beroperasi semula.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Industri kreatif negara dapat kelonggaran kerajaan

Perbicaraan Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi di sambung hari ini