in ,

Saifuddin Puji Selangor, Sindir Kelantan Dan Pulau Pinang

PUTRAJAYA, 13 Feb -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Industri Mengenai Impak COVID-19 di kementeriannya hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Melalui ulasan beliau di laman media sosial Facebook, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memuji Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di atas tindakan beliau menyumbang sebulan gajinya untuk Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Tambah beliau, potongan gaji itu juga akan turut meliputi Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai tinggi syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurut Saifuddin, jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan Kelantan, kedua-dua negeri itu dilihat membelanjakan sumber negeri masing-masing untuk membeli kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Tambah teruk lagi, Kerajaan Negeri Kelantan turut bertindak menaikkan gaji wakil rakyatnya ketika ekonomi negara sedang bergelut akibat ketidaktentuan ekonomi dan krisis Covid-19.

“Tahniah Selangor .. potong gaji dan tidak beli kenderaan rasmi yang baharu ketika Covid-19 melanda.”

“Juga tidak dilupa bantuan banjir RM1 juta kepada Pahang, RM500,000 masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu. Terima kasih.”

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TMJ Benci Syed Saddiq ‘Because He’s Fake’

PH Kemuka Tiga Nama Untuk Jawatankuasa Bebas Beri Syor Kepada Agong