in ,

RM165,000 dalam akaun bank hilang dicuri rakan

Kuala Lumpur: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (ACP), Mohd Mahidisham bin Ishak telah mengesahkan bahawa pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di sini telah menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berkenaan kehilangan wang di dalam akaun bank miliknya.

Katanya, pengadu yang merupakan warganegara asing bekerja sebagai pereka fesyen telah alami kerugian sebanyak RM165,000 setelah menyedari semasa membuat semakan akaun bank miliknya kerana curiga dengan baki wang.

“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki tempatan yang merupakan rakan mangsa telah berjaya ditangkap dan pada 29 September, suspek telah dituduh di mahkamah di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah dan dibenar ikat jamin sebanyak RM150,000 dan sebutan semula kes pada 16 November hadapan,” jelas Mahidisham Ishak.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beribu laporan polis dibuat terhadap ustaz kontroversi

3 perkhidmatan media sosial terkemuka dunia tergendala