MAKKAH: Ribuan jemaah umrah memasuki Masjidil Haram secara berkumpulan bagi melaksanakan tawaf dengan mematuhi penjarakan sosial mengikut laluan ditetapkan dan memakai pelitup muka, semalam.

Ia susulan keputusan pihak berkuasa Arab Saudi untuk membuka semula ibadat umrah yang sebelum ini digantung sementara akibat pandemik COVID-19, dengan menguatkuasakan peraturan ketat bagi membendung penularan wabak itu.

Jemaah warga Mesir, Mohammed Raafat, mengaku dirinya diselubungi suatu perasaan istimewa apabila Masjidil Haram kini dibuka semula.

“Kami melalui mimpi ngeri yang menyedihkan apabila tidak dapat melihat Tanah Suci selama berbulan-bulan,” katanya.

Pembukaan semula ibadat umrah dilaksanakan dalam tiga fasa dengan yang pertama membabitkan 6,000 jemaah sehari.

“Bersama keimanan dan keyakinan, kumpulan jemaah yang pertama mula mengerjakan ibadat umrah dengan mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan,” kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui Twitter.

Dalam pada itu, jemaah umrah tidak dibenarkan untuk menyentuh dan mencium Hajarul Aswad.

Selain itu, Masjidil Haram akan melalui proses nyahkuman sebelum dan selepas dimasuki setiap kumpulan jemaah yang dipantau petugas kesihatan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *