in ,

Remy Gardner Juara Dunia Moto2 musim 2021

Sepanyol – Remy Gardner berjaya tamatkan perlumbaan Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana di kedudukan ke-10, di sini pada Ahad lalu, manakala Raul Fernandez, rakan seperjuangan dari pasukan Red Bull KTM Ajo meraih podium pertama.

Namun begitu, menerusi perbezaan jurang pemisah hanya 4 mata antara beliau dengan Raul (307 mata) sudah mencukupi buat Remy merangkul gelaran Juara Dunia Moto2 2021 dengan kutipan cemerlang markah keseluruhan sebanyak 311 mata.


Pelumba kelahiran Australia dan anak kepada Juara 500cc 1987, Wayne Gardner itu sudah pun mula menjinakkan diri dengan motosikal sejak berusia 4 tahun dan julung kali terlibat dalam perlumbaan antarabangsa pada penghujung 2010, sewaktu beraksi dalam perlumbaan NSF100 Trophy Worldwide Mini Bike.

Menurut Remy, beliau menjadikan pelumba senegara, Jack Miller sebagai idola dan sumber inspirasinya.


“Saya melihat Jack sebagai inspirasi. Dia telah melakukan banyak kerja keras dan dia seorang pelumba yang sangat berbakat. Dia mempunyai jentera yang baik dan, digabungkan dengan bakatnya, serta keputusan perlumbaan yang bagus,” katanya.

Remy sertai pasukan Red Bull KTM Ajo pada tahun 2021 dan bagi tahun hadapan, beliau diumumkan akan berpindah ke pasukan Tech3 KTM untuk bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022 akan datang.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahli arkeologi temui cebisan peninggalan kuil dinasti terakhir Firaun

Pelajar maut dirempuh van sekolah dinaiki