in ,

Rebah rakaat pertama, polis jadi imam meninggal dunia

 

HULU SELANGOR, 8 Okt Pengakhiran baik dalam kehidupan menjadi idaman umat Islam yang beriman kepada kehidupan akhirat.

Demikian ganjaran timbalan ketua Balai Polis Goh Tong Jaya, Batang Kali di sini yang dijemput Tuhan ketika mengimamkan solat Subuh pagi tadi, lapor Harian Metro. 

Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56, rebah di rakaat pertama ketika menjadi imam di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park di sini dipercayai akibat serangan jantung.

Ketua Polis Hulu Selangor Supt Arshad Kamaruddin dilaporkan berkata, Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan komited dalam menjalankan tugas.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya.

“[Kami] akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” beliau dilaporkan berkata. 

Allahyarham meninggalkan balu Rossilawati Abd Rahim dan empat anak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan selepas ujian saringan Covid-19.

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Messi tidak silap pilihan berpindah ke PSG

81 kontraktor bumiputra terlibat dalam projek ECRL