in ,

Rapid KL alih laluan di Plaza Hentian Kajang

KUALA LUMPUR: Rapid KL melakukan peralihan laluan bas membabitkan Plaza Hentian Kajang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Rapid KL dalam kenyataannya memaklumkan ia membabitkan laluan 450, bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04 serta bas perantara MRT T464.

“Perkhidmatan bas laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu akan berakhir di stesen MRT Kajang.

“Bagaimanapun, penumpang dibenarkan untuk naik atau turun di stesen itu bagi meneruskan perjalanan mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, bas Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya juga akan dialihkan dan memulakan operasi dari stesen MRT Stadium Kajang.

Katanya, perkhidmatan bas perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke stesen MRT Kajang juga tidak akan memasuki Plaza Perhentian Kajang.

Rapid KL turut mengingatkan penumpang sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup muka serta mengamalkan kawalan kendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Waspada tempias taufan Saudel, Molave di Sabah – Maritim Malaysia

Rasuah: Dua pegawai kanan ATM didakwa lagi