in

Rapatkan saf berganding bahu memerangi COVID-19-Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ahli-ahli politik negara untuk merapatkan saf bergandingan bahu memerangi penularan wabak COVID-19 demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan pandangan bahawa sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembangunan negara yang lestari.

Titah Baginda, pada Ketika negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak ini, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestic bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menasihati ahli-ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungjawab serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan akibat ancaman wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Ahli-ahli politik perlu menjadi role model kepada rakyat dari sudut penyatuan dan urus tadbir negara dengan baik”, katanya.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan jaminan kepada rakyat bahawa sistem pilihan raya berparlimen di bawah pentadbiran Raja Beperlembagaan yang mendudukung prinsip Keluruhan Perlembagaan Perseketuan akan terus dipelihara di negara ini.

Jelas baginda, “Keutamaan dalam tempoh darurat sehingga 1 Ogos 2021 sewajarnya diberikan kepada usaha melawan wabak COVID-19 dan Tindakan-tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi negara menerusi inisiatif-inisiatif Kerajaan, termasuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara”.

Seri Paduka Baginda berdua turut menyeru seluruh umat islam untuk ‘mengambil keberkatan Ramadan dan mendoakan semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati serta wabak COVID-19 dapat dibendung dan diakhiri dengan segera’. titah baginda

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/321510539399483

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PH wajar jauhi Tun Dr Mahathir

Anwar and Zahid, stop asking other people to make a police report for you