Rakan Politik Ziarah Tun Rahah Di Hospital

Di dalam status beliau di Facebook, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi sesi ziarah beliau ke Pusat Perubatan Prince Court bagi melawat Tun Rahah Mohamed Noah, balu kepada bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan ibu kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.”

“Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri kedua dan juga bonda Datuk Seri Najib Razak (bekas Perdana Menteri) diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin.”

Turut berkongsi lawatan dari rakan-rakan politik, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memuat naik beberapa status di laman Facebook beliau menyatakan ucapan terima kasih diatas ziarah dan doa yang diterima.

Menerima kunjungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib menulis, “Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital.”

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain atas kesudian menziarahi bonda.”

 

Pada masa yang sama, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menerima kunjungan dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak Sultan Nazri Muizzuddin Shah.

Semoga ibunda Datuk Seri Najib Tun Razak dipermudahkan urusan perubatan dan diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *