in

Rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi tersebar

Rakaman perbualan video dan audio didakwa suara Pemimpin tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di media sosial.

Rakaman tersebut memaparkan video ucapan Zahid Hamidi Ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, yang menegaskan bahawa ‘NO DAP’, ‘NO ANWAR’ dan ‘NO BERSATU’.

Video yang berdurasi 4 minit 17 saat itu menerusi akaun Facebook Insider Malaysia, mendedah kan suara yang dipercayai mirip dengan Anwar ibrahim memuji ucapan Zahid Hamidi berucap dalam PAU 2020.

Malahan, suara yang mirip Anwar itu juga memaklumkan bahawa beliau sudah 22 tahun baru mengikuti perhimpunan itu.

Beliau berkata. “Saya sudah 22 tahun baru saya follow Perhimpuan Agung UMNO, I tengok ucapan u bagus, you ada mention MT (Majlis Tertinggi), kemudian ‘end off point’ kita nak finish the game, tapi kalua you dah fikir untuk mandate tu okay lah Cuma ada kerja sikit dengan MT”.

Manakala, suara dipercayai mirip Zahid Hamidi pula mengatakan bahawa ucapan tersebut hanya lah bersifat teknikal.

“You tahu siapa cikgu saya kan. Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah”, kata suara mirip Zahid Hamidi.

Majlis Pimpinan Pusat PKR turut mendengar ucapan tersebut, kata suara milik Anwar Ibrahim.

Tambahnya lagi, “Cuma orang yang tidak tahu latar belakang tentang DAP dia bimbanglah, tapi bila sampai conclusion itu jauh lebih baik daripada keputusan MT. Sebelum ini tunggu pilihan raya tetapi ini tidak,pada bila-bila masa”.

“Apabila mandate diberikan kepada presiden maka ia lebih mudah”, kata suara mirip Zahid Hamidi.

Walau bagaimanapun, suara mirip Anwar menyatakan tentang harapan ada Menteri letak jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.

Kata suara mirip Anwar tu lagi, “betul,betul. Only if we could get one minister to resign..tapi tak da seorang pun yang berani, hanya yang perak tu, apa Namanya?, Shamsul, kaluar dia boleh (letak jawatan).

Di akhir perbualan suara mirip Anwar memberitahu bahawa usaha mereka masih belum berakhir dan mengarahkan individu dipercayai Ahmad Zahid itu untuk melaksanakan mesyuarat tergempar MT.

“Cuma sekarang tak habis lagi tu..kita ada sikit lagi..kalau you dapat (tak jelas) maknanya you kena emergency MT tau, takut nanti you tak boleh jawab macam sekarang’, tambahnya kata suara mirip Anwar itu.

https://www.facebook.com/officialbigbluetv/videos/448502646216971/

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, menyaksikan tindakan nekad parti itu bagi mencapai pendirian untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Astrazeneca vaccine to be continued in Malaysia

UMNO willing to collaborate with PH for GE-15