Pulau pinang membatalkan hasrat untuk membeli sendiri bekalan vaksin ekoran bekalan vaksin tidak lagi menjadi isu buat masa kini. Ini kerana kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai peningkatan perolehan vaksin yang bakal tiba pada julai tahun ini sebanyak 25 ribu hingga 30 ribu dos.

 Ketua menteri pulau pinang Chow Kon Yeow berkata, kerajaan persekutuan telah menjelaskan kepada beliau bahawa bekalan vaksin covid-19 tidak lagi menjadi masalah utama kerana kerajaan persekutuan telah memperuntukkan tambahan lima ratus ribu dos vaksin kepada pulau pinang. 

Terdapat 6 pusat pemberian vaksin hospital swasta (PPVHS) di negara itu yang menyasarkan antara 50 hingga 200 dos suntikan setiap hari selain 13 pusat pemberian vaksin general practioner (PPVGP) yang bertujuan untuk memberi suntikan vaksin sehingga 90 dos, setiap minggu. 

Sehingga kini sejumlah 112,350 penduduk pulau pinang telah mendaftar secara sukarela untuk vaksin covid-19 iaitu astrazeneca. Seramai 31,928 daripada jumlah keseluruhan terdiri daripada mereka yang melebihi umur 60 tahun sementera 80,422 berumur antara 18 hingga 59 tahun. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *