Pengawal peribadi dipukul oleh majikannya menggunakan sebatang rotan dan diacukan pistol kerana menjalani ibadah puasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, laporan polis diterima pada pukul 4.16 petang tadi di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul bergilir-gilir di bahagian belakang badan.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya.

Walau bagaimanapun, suspek berusia 43 tahun itu di berkas untuk tindakan lanjut dan siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan direman di Mahkamah Klang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *