in ,

Promosi pelacuran menggunakan aplikasi dalam talian

Kegiatan mempromosikan aktiviti pelacuran secara dalam talian terbongkar selepas polis melakukan dua serbuan berasingan, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff memaklumkan bahawa pihaknya membuat serbuan di sebuah unit apartment di jalan Gombak dan sebuah bilik hotel di Jalan Setapak, jam 10.40 malam.

“Dalam serbuan itu, pihak kami menahan empat individu tempatan termasuk seorang wanita, seorang wanita warga china, dua wanita Vietnam dan seorang wanita Thailand berusia antara 20 hingga 46 tahun.

“Pihak Kami turut merampas dua komputer riba, empat komputer, 19 telefon bimbit pelbagai jenama, satu modem, satu Gpon Terminal, satu bil elektrik TNB, satu kad akses, anak kunci dan wang tunai RM1,117 menjadikan jumlah keseluruhan barang dirampas bernilai kira-kira RM50,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Encik Saiful Annuar berkata, siasatan awal mendapati kegiatan sindiket ini dipercayai memperomosikan aktiviti pelacuran mereka mengunalan aplikasi dalam talian bagi pasaran tempatan iaitu WhatsApp, Wechat dan Telegram.

“Siasatan juga mendapati premis terbabit beroperasi sebagai pusat panggilan dan membayar sewa RM1,500 sebulan bagi setiap unit yang diinginkan.

“Setiap pekerja juga dipercayai menerima upah antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan dan hasil kegiatan tersebut disyaki meraih keuntungan bulanan kira-kira RM100,000,” katanya lagi.

Semua suspek yang ditahan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 372 (1) (e) kanun keseksaan kerana mempromosikan aktiviti pelacuran secara dalam talian, Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan seksyen 373 kanun keseksaan atas kesalahan mengawal rumah pelacuran, tambah encik Saiful Annuar.

“Selain itu, kes terbabit juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

“Pihak kami memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan apa-apa aktiviti pelacuran kerana tindakan tegas alan diambil terhadap penganjur, pemilik premis, pekerja atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan pelacuran di Kuala Lumpur.

Encik saiful Annuar turut meminta orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan aktiviti pelacuran, boleh menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 Jam JSJ Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cadangan calon SPM 2021 disuntik vaksin

Tiga Pemimpin tinggi parti politik selesai menghadap Agong