in

#ProjekBukaBangkit Kolaborasi Mampan Drop & Wash bersama Foodpreneurs Tempatan

#ProjekBukaBangkit merupakan satu lagi program amal yang dikelolai oleh Drop & Wash. Bezanya, projek ini dikelola bersama dengan Foodpreneurs tempatan seperti FoodLab, Periuk Bujang,dan The Pasta Kitchen. Projek ini juga merupakan kolaborasi bersama En. Khairul Mazlan.

 

Menurut Pengasas Drop & Wash, Puan Zarina Ismail, #ProjekBukaBangkit ini memfokuskan kepada golongan B40 dan seramai 50 penama telah disenarai pendek. Sumbangan disampaikan dalam bentuk  juadah berbuka puasa dan sedikit juadah hari raya seperti kuih-muih yang dimasak sendiri oleh para chef foodpreneurs ini.

Bukan sahaja memberikan sumbangan juadah berbuka puasa, Drop & Wash turut membantu golongan B40 ini dari aspek bimbingan dan kemahiran serta bantuan dari segi mendapatkan peluang pekerjaan. 

 

Drop & Wash bersama-sama foodpreneurs ini dilihat komited dalam menyantuni dan membantu golongan ini dengan memperkenal kaedah pemasaran terkini melalui platform media Foodlab. Ia seakan memberi sinar kepada peniaga-peniaga kecil yang berorientasikan makanan untuk memasarkan produk mereka secara lebih efisien. 

 

Dalam masa yang sama, mereka berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan menyeru badan korporat yang berminat untuk  sama-sama menggembleng tenaga bagi membantu golongan yang memerlukan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khalid refute Tania statement on 1MDB

Gubal undang-undang pun kena wajar dan munasabah-Khalid Samad