in ,

Projek baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri diperjelaskan

Putrajaya: Berhubung pertanyaan jawab lisan dikemukan di Parlimen berkaitan projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana pada Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad menjelaskan bahawa kompleks berkenaan yang kini mencecah usia 22 tahun telah mengalami banyak kerosakan.

Beliau berkata, Kompleks Seri Perdana yang dibina sejak tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999 merupakan kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerja-kerja penggantian system pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.

“Projek itu telah diluluskan pada 19 Mac lalu. Kerja-kerja menaik taraf telah pun bermula pada 29 Mac berikutnya dan dijangka siap pada 7 Disember hadapan.

“Setakat hari ini, kerja-kerja baik pulih telah mencapai sebanyak 74 peratus kemajuan, berbanding 71 peratus seperti dalam jadual,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Abd Latiff turut memaklumkan, pertanyaan lisan dikemukan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar di Dewan Rakyat pada 27 September lalu telah dijawab secara bertulis oleh beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh Perdana Menteri.

“Saya merujuk kepada pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas pada Isnin lalu, soalan bernombor 49 oleh Mahfuz Omar mengenai projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana,” tambah beliau

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahmad Mazlan lepas dan bebas dari pertuduhan

Tiada cerobohan dan kebocoran pada Sistem myIDENTITY