Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

in ,

PRN Sabah: Musa Aman tidak menyerah, rayu Mahkamah Persekutuan dengar kes sebagai KM dengan segera

KUALA LUMPUR 20 FEBRUARI 2019. Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kontrak konsesi balak. NSTP/SADDAM YUSOFF
KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kes sebagai Ketua Menteri Sabah didengar dengan segera.
Jelas Musa, isu itu penting kepada rakyat Sabah dan mesti diselesaikan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana mempunyai kesan langsung terhadap kesahihan pilihan raya tersebut.
Bukan itu sahaja, tegas Musa, sebarang penangguhan (pendengaran kes) dilihat sebagai menafikan proses menuntut keadilan.
“Ini kerana ia akan mempunyai kesan langsung kepada kes sedia ada jika Mahkamah Persekutuan mendengar kes itu selepas 12 September ini iaitu Hari Penamaan Calon. Barisan peguam saya telah meminta supaya sesi pendengaran diawalkan.
”Sehubungan itu, saya memohon Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara memberikan saya tarikh perbicaraan lebih awal berbanding apa yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga menjelaskan beliau dan 32 ADUN yang lain melahirkan rasa kecewa tetapi menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan.
Katanya lagi, beliau sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa penyingkirannya adalah tidak berperlembagaan.
“Justeru, sesiapa yang mengangkat sumpah selepas penyingkiran saya, adalah tidak lebih daripada sekadar perampas yang tidak sepatutnya diberi kebenaran untuk menjalankan tugas secara sahih mengikut perundangan sebagai Ketua Menteri Sabah.
“Tindakan membenarkan individu sedemikian menjalankan tugas berasaskan perlembagaan sebagai ketua menteri bakal mengundang kesan berpanjangan, seperti yang kita saksikan pada masa kini,” katanya.
Oleh Fizz Aziz

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Saya tak fikir panjang untuk menyertai MN – Muhyiddin

Tiada unsur rasuah di IPD Sg Buloh – Ketua Polis Negara

Back to Top

Hey Friend!
Before You Go…

Get news notifications before everyone else!


Don't worry, we don't spam

Close
Close