in ,

Presiden Russia jemput Armenia, Azerbaijan untuk rundingan damai

SHUSHA (AZERBAIJAN): Presiden Russia, Vladimir Putin, menjemput kedua-dua Menteri Luar Armenia dan Azerbaijan ke Moscow untuk rundingan damai, hari ini.

Putin sekali gus menegaskan, pertempuran di Nagorno-Karabakh harus dihentikan atas sebab kemanusiaan.

Jemputan beliau itu menyusul selepas tiada tanda akan berakhirnya pertempuran yang telah berlarutan hampir dua minggu antara puak pemisah Armenia dengan Azerbaijan yang mengorbankan ratusan nyawa, setakat ini.

“Menteri Luar Azerbaijan dan Armenia dijemput ke Moscow pada 9 Oktober,” kata Putin dalam satu kenyataan dikeluarkan Kremlin.

“Presiden Russia menyeru supaya pertempuran di Nagorno-Karabakh dihentikan atas dasar kemanusiaan bagi saling bertukar tahanan dan mayat mangsa,” menurut Kremlin lagi.

Setakat ini, Yerevan menolak sebarang rundingan antara diplomat utama kedua-dua negara selagi pertempuran masih berterusan.

Sebelum ini, rundingan diadakan di Geneva secara tertutup serta tanpa penyertaan Armenia, namun harapan dilihat tipis dan tiada kenyataan dikeluarkan daripada hasil perbincangan itu. – AFP

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Setiausaha Agung PLO disahkan positif COVID-19

NETIZEN CARI PELAKON SENIOR PALING POPULAR 2020